Wednesday, June 6, 2018

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH SEMBELIT


Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. 

Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.








RISIKO PENYAKIT TERMASUK KANSER

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

PUNCA SEMBELIT

Ada pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.

Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada diri. 

Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan sembelit.

CARA MENGATASI SEMBELIT

- Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.

- Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.

- Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

- Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.

- Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.

- Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.

- Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.

SET SEMBELIT SHAKLEE UNTUK DEWASA & KANAK KANAK

Selain tips mudah atasi sembelit seperti di atas, Shaklee juga mempunyai produk yang membantu melembutkan najis dan melancarkan penghadaman korang.

Set Sembelit Shaklee ni sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak yang sering mengalami sembelit.

Herblax : Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Ia juga membantu dalam masalah sembelit yang serius.

Ostematrix : Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Mealshake : Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit dalam kalangan kanak kanak. 


Nak dapatkan set sembelit boleh hubungi saya di nombor dibawah.

✅ Sharon Jane
✅ SID 1115283
✅ Pengedar Sah Shaklee Bintulu Sarawak
✅ Call : 0133324725 
✅ whatsapp ▶️ 0138334122 
✅ https://m.facebook.com/jane27488

No comments:

Post a Comment